BAYI MAKAN SENDIRI? 'Baby-led Weaning'


Istilah 'weaning' digunakan untuk lepas susu atau bayi mula makan. Jadi untuk konsep ini adalah bermakna 'Bayi Makan Sendiri' atau ‘Makan Dipandu Bayi’. 

Saya mulakan BLW untuk Alfa masa dia umur 6 bulan sebab saya nak Alfa teroka makanan dan bagi autonomi kepadanya. Supaya dia kenal kebebasan dan berani, serta bina hubungan yang baik dengan makanan. Bukan makan kerana terpaksa kerana saya bagi, tapi sebab dia seronok dengan pengalaman itu sendiri. 

Ramai berpendapat bayi perlukan gigi untuk makan pepejal, tapi dalam BLW, bayi boleh makan guna gusi. Gusi mereka kuat untuk gigit makanan.

Sila rujuk doktor anda jika nak cuba, saya belajar buat Heimleich Manouvre dari doktor di KK jika ada berlaku tercekik dan sebagainya. Kena belajar bezakan tercekik atau tersedak (gag). Tercekik tu sampai tak boleh bernafas sebab makanan masuk rongga. Alfa belum pernah tercekik, tapi tersedak tu banyak. Kalau Alfa tersedak, saya cuba relaks dan akan cakap, “Okay Alfa, kunyah lagi!”  Sambil tunjuk mengunyah guna mulut saya. Makan bersama keluarga boleh buat bayi cepat belajar makan. Kalau nampak serius saya tepuk belakang badannya. 

Tanda Alfa dah bersedia sebelum saya mula BLW (mengikut saya research di internet):
1. Boleh duduk dengan selesa dengan bantuan (kalau terlentok badan maksudnya bayi tak sesuai makan pepejal lagi)
2. Boleh capai makanan dan bawa ke mulut
3. Boleh mengunyah (berlatih guna alatan mengunyah/teether)
4. Hilang refleks menolak makanan keluar (thrust reflex) - saya mula sebelum Alfa hilang refleks ini supaya dia biasa. Tak lama pun selepas tu dia hilang refleks ini. 

Saya guna teether ni:


Peralatan makan yang saya gunakan untuk Alfa:

Pinggan beli nak cepat dari Anakku, cawan kaca kecik (Montessori weaning cup) dari Shopee, pisau beralun (wavy chopper) & alas pemotong untuk sediakan makanan Alfa. Semua makanan awalnya saya potong saiz jari (finger food). 

Kerusi tinggi Ikea, baju alas/apron, kusyen penyokong. 

Mula-mula Alfa banyak hisap-hisap lama-kelamaan dia gigit guna geraham untuk makan. Cawan kaca bagus untuk berlatih minum sendiri dan belajar tentang tanggungjawab dengan bahan yang mudah pecah, seiring dengan falsafah Montessori.

Untuk makanan cecair, saya juga guna teknik pra-isi makanan di sudu (preload) kemudian saya letas atas dulang. Alfa akan ambil sendiri sudu. Saya guna sudu silikon yang anjal supaya gusi Alfa tak cedera. 

Saya banyak belajar dari Hapafamilyvlog: https://www.youtube.com/c/HapaFamily Dia ada buat siri video tentang BLW dalam Bahasa Inggeris, cara sediakan makanan dan sebagainya.

Selamat mencuba ibu baru! Sila dapatkan nasihat doktor. 

Ulasan

Catatan Popular