Montessori Di Udara (Montessori on Airplane)
Saya rasa kerisauan ibu bapa kalau naik kapal terbang/pesawat adalah bimbang anak menangis dan ganggu penumpang lain. Terutama sekali semasa berlepas/mendarat. Lagipun tak boleh buka telefon bimbit nanti ganggu sistem pesawat (jika itu teknik anda menenangkan anak-anak).
Saya memang tak berapa suka bagi anak skrin sebab cahaya biru dari skrin masuk melalui mata boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh badan, terutama sekali kepada perkembangan anak-anak (baca) (Menurut pakar, budak umur bawah 2 tahun sepatutnya 0 jam tengok skrin).
Saya macam ibu lain juga, saya Google dulu cara ibu-ibu lain menangani anak di atas kapal terbang melalui kaedah Montessori. Dapatan kajian dan keputusan saya untuk Alfa yang berumur 14 bulan:
1. Buku bergambar tentang pesawat -
- Alfa’s First Plane Trip: Saya buat sendiri dengan pilih gambar yang realistik tentang lapangan terbang dan proses menaiki pesawat kemudian cetak melalui Photobook Malaysia. Saya mula ceritakan buku tu pada Alfa sebelum kami berlepas.
- Mega Plane: Buku ni saya beli sebelum kenal mendalam dengan montessori jadi ada bahagian realistik dan tidak. Tapi seronok bercerita dengan Alfa guna buku ni sambil buat kesan bunyi: “The engine starts and the plane takes off with a WHOOSH!” 🤣
2. Buku sibuk (busy book) - Saya pilih berkaitan dengan destinasi kami iaitu pulau/pantai. Saya beli kat Shopee. Mak-mak banyak cadangkan busy book yang ada banyak kemahiran/aktiviti dalam tu jadi budak boleh duduk diam. Tapi saya kekal dengan konsep Montessori iaitu satu kemahiran pada satu bahan/mainan sahaja.
3. Mainan berdasarkan Montessori versi kecil dan tiada bahagian berasingan. Alfa sedang suka mencampak jadi mainan macam puzzle ke memang tak sesuai. Nanti tertinggal dan bersepah-sepah.
Kiri: Roller coaster manik) - Alfa tengah dalam fasa suka benda kecil (Sensitive Period for Small Objects) jadi dia memang suka main benda ni sambil latih guna pincer grasp (menyepit guna jari).
Kanan: (Menjahit Keju Kayu) - Dia dah mula main ni 2 minggu sebelum perjalanan.
Kedua-dua mainan ni memang menarik hati Alfa untuk fokus jadi dia tak berapa fikir tentang bunyi pesawat yang kuat dan lain-lain. Saya pun sibuk berborak-borak dengan dia sambil tengok ke luar tingkap, ataupun bacakan buku tentang pesawat tu.
Selain itu, Alfa main penutup botol, penutup botol susu, dan apa-apa saja barang yang tak berbahaya, kami biarkan kerana dia berminat. Dia memang suka memasang dan menanggalkan penutup.
Alhamdulillah semasa pergi dan pulang memang dia tak menangis.
Nota kaki: Tips dari mak-mak lain, jangan bagi mainan baru kenal, atau terlalu lama, mungkin anak anda takkan berminat. Saya letak di rak 1-2minggu sebelum pergi dan ada yang saya simpan setelah kenalkan pada Alfa. Apa-apa pun, FOLLOW YOUR CHILD :) Anda juga mungkin perlukan barang yang lebih banyak untuk perjalanan yang lebih panjang.
Ulasan
Catat Ulasan